Write For Us

UMNO beri Najib lampu hijau runding dengan PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Umno dilaporkan telah memberi Presidennya Datuk Seri Najib Razak lampu hijau untuk merundingkan pakatan pilihan raya dengan PAS, demikian menurut laporan The Star.
Laporan itu memetik Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebagai berkata bahawa ini adalah kali pertama idea mengenai pakatan antara kedua-dua parti itu.
Annuar dilaporkan sebagai berkata bahawa segala-galanya kelihatan positif sekarang.
dan percaya usaha itu akan membuahkan hasil jika pakatan sedemikian disokong oleh ramai orang Melayu yang prihatin terhadap perpaduan Melayu.
Annuar dipetik berkata demikian di sesi dialog dengan tiga pemimpin pelajar universiti, bertajuk Anda Tanya Kita Jawab di Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau dilaporkan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana kerjasama dengan PAS itu akan diadakan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment