Write For Us

Umno buat laporan polis ‘PM dan AG disyaki melindungi pembunuh Adib’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Nor Adam dijangka memimpin sekumpulan penyokong parti itu dan memfailkan laporan polis terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan peguam negara Tommy Thomas.
Dalam hantaran di Instagram, beliau berkata laporan mengenai kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim akan difailkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur pada jam 9 malam ini.
Lokman dan penyokongnya akan berkumpul di kompleks membeli-belah Sogo yang berhampiran sebelum berarak ke ibu pejabat polis.
Menurut catatan itu, laporan polis beramai-ramai terhadap “PM dan AG yang disyaki melindungi pembunuh Adib".
Minggu lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues dibuat untuk menentukan punca kematian ahli bomba berkenaan.
Pengurusan kes mengenai inkues itu telah ditetapkan pada 18 Januari akan datang.
Prosiding inkues akan diadakan di Mahkamah Koroner yang akan bersidang di Kompleks Mahkamah Shah Alam.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata majistret yang mengendalikan inkues itu akan mempunyai kuasa yang luas di bawah Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah untuk menentukan punca kematian tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment