Write For Us

Umno mampu menang pilihan raya tanpa PAS, ini realitinya - Razlan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
38 Views
Published
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Razlan Rafii berkata, kekuatan Umno di Johor tidak terjejas walaupun tanpa kerjasama PAS kerana fakta membuktikan parti Islam itu tidak mempunyai sokongan yang kuat di kawasan selatan semenanjung.

Bercakap dalam satu program bual bicara malam tadi, Razlan berkata ini terbukti dengan kemenangan besar Umno di Melaka apabila PAS mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu.

Razlan turut mengimbas kembali bahawa kemenangan BN di PRK Tanjung Piai bukan hanya semata-mata kerana sokongan PAS tetapi juga atas faktor-faktor lain.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/2730087657285868
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment