Write For Us

Umno Sg Besar pimpinan Jamal desak Zahid berundur sebagai presiden

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Umno Sungai Besar menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur atau berehat dari jawatan presiden Umno berikutan isu yang menimpa parti politik itu.
Datuk Seri Jamal Md Yunos yang merupakan ketua bahagian Umno itu dipetik BH Online sebagai berkata keputusan itu diambil selepas pergerakan bahagian itu hilang kepercayaan terhadap Ahmad Zahid kerana gagal memulihkan keyakinan dan kepercayaan ahli parti.
Jamal turut menegaskan sebelum ini Umno Sungai Besar merupakan penyokong kuat kepada presiden Umno namun kini mengumumkan untuk menarik kembali sokongan kepada presiden selepas melihat presiden tidak berupaya untuk menangani krisis yang berlaku sekarang.
Bermula 13 Disember lalu, sepuluh Ahli Parlimen sudah mengumumkan keluar dari Umno kerana mendakwa presidennya Ahmad Zahid gagal mengemudi arah haluan parti itu.
Terdahulu Umno Sabah keluar parti beramai-ramai, termasuk pengerusi negeri dan enam Ahli Parlimen meninggalkan bekas parti pemerintah itu.
Sebelum ini dilaporkan veteran Umno meminta Ahmad Zahid supaya mendengar gesaan suara akar umbi yang mahu beliau berundur daripada jawatannya bagi membolehkan pemulihan parti berlangsung.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment