Write For Us

'Umno S'gor gagal, 'Good luck' tiga mantan MB'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa mengucapkan "selamat berjaya" kepada tiga bekas menteri besar negeri Selangor iaitu Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamad Khir Toyo yang disebut bekerjasama untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Harapan.
Azmin juga berkata beliau yakin usaha ketiga-tiga bekas menteri besar itu tidal akan berjaya ekoran rekod buruk mereka.
"Kita pun kenal siapa tiga orang (bekas menteri besar) ini dan kenapa mereka menjadi mantan.
"Semua orang tahu kenapa mereka jadi mantan sekarang. Kalau itu sahaja kualiti yang ada, semoga berjaya untuk mereka.
"Kepimpinan Umno Selangor sekarang gagal menarik sokongan rakyat. Mereka terpaksa guna orang lama-lama untuk tarik sokongan," katanya ketika di tanya di Majlis Pelancaran Selangor Bio Bay Show Gallery di sini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment