Write For Us

Umno S'gor harap usul pinda enakmen Islam tetap dibentang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Umno Selangor berharap rang undang-undang (RUU) bagi meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengenai kebenaran sepihak dalam penukaran agama kepada Islam dapat dibentangkan pada sidang dewan undangan negeri (DUN) akan datang.
DUN Selangor dijangka bersidang sekali lagi pada November ini.
Pengerusi Umno Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata keempat-empat Adun parti itu akan memberikan sokongan kepada Menteri Besar Amirudin Shari sekiranya ia dibentangkan nanti.
“Kita tak nak tengok apabila RUU (itu) diluluskan, nanti ada parti-parti yang bersikap songsang menentang. Ia akan bawa akibat dan suasana tak baik dalam Selangor,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Awal bulan ini, kerajaan Selangor didakwa bercadang untuk membentangkan RUU berkenaan di DUN bagi membenarkan seseorang berusia bawah 18 tahun memeluk Islam dengan mendapat kebenaran sama ada ibu atau bapa saja.
Rancangan tersebut tidak menjadi selepas Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim dikatakan enggan menandatangani dokumen bagi membenarkan usul tersebut dibentangkan.
Ng bagaimanapun menafikan beliau memendekkan tempoh sidang dewan undangan negeri kepada dua hari bagi menghalang pembentangan pindaan itu.
Meluahkan rasa tak puas hati kerana RUU itu tidak dapat dibentangkan, Mat Nadzari juga mengkritik kredibiliti Amirudin sebagai menteri besar kerana tidak tegas membuat keputusan.
“Tak ada sebab kenapa RUU yang (nak) dibawa itu boleh ditangguhkan. Yang pelik, dewan bersidang dua hari. Apa yang boleh dibahaskan?” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment