Write For Us

Umno S'ngor rancang himpunan sokong sultan Ahad ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Umno Selangor merancang mengadakan "himpunan rakyat" untuk menyatakan sokongan penuh kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata himpunan itu dirancang selepas pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim membuat kenyataan yang didakwanya telah mengguris perasaan rakyat Selangor.
Zaid semalam berkongsi berita Malaysiakini dengan kapsyen berbunyi "Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan kata-kata beliau, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar".
Zaid berkata demikian sebagai respons terhadap titah Sultan Selangor yang menyatakan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad akan 'membakar seluruh negara dengan api kemarahannya'.
Dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Noh menyifatkan kenyataan Zaid sebagai 'biadap dan kurang ajar' terhadap Sultan Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment