Write For Us

Umno tak paksa mahasiswa hadir, kata Ku Nan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan, partinya itu tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menyertai sambutan ulang tahun Umno ke-71 semalam.
Malah, menurut anggota parlimen Putrajaya itu, dakwaan terdapat pelajar yang dipaksa hadir ke acara tersebut semalam juga telah diputarbelit.
"Banyak diputarbelit memang ada pelajar hadir. Mereka minta untuk hadir jadi kita jemput jelah. Ada daripada mereka dari UniKL, UiTM, ada juga ada universiti lain yang datang.
"Jadi kita biarkan (mereka nak datang). Mereka datang sebagai NGO.
"Janganlah tuduh kita paksa mereka (pelajar). Kita tidak pernah paksa sesiapa," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.
Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa acara semalam bukanlah himpunan parti politik, sebaliknya sambutan ulang tahun ke-71 sebuah parti politik.
"Ia bukan himpunan politik. Ia adalah sambutan ke-71 parti kita. Bukan himpunan politik," katanya lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment