Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menegaskan parti itu tidak akan bermain dimensi politik menakut-nakutkan, sebaliknya sentiasa memberi keyakinan dan pengharapan kepada rakyat untuk terus menaruh kepercayaan kepada parti untuk mentadbir negara.
Perdana Menteri berkata parti yang memainkan politik menakut-nakutkan ialah pihak yang tidak ada kuasa dan mahu menumbangkan tampuk pemerintahan negara.
Menurut Najib, dalam politik ada dua dimensi iaitu politik menakut-nakutkan dan politik harapan di mana Umno sebagai parti yang berkuasa tidak perlu bermain politik untuk menakut-nakutkan rakyat kerana ia akan merosakkan harapan sehingga merugikan rakyat.
"Kita akan berkecamuk, bercelaru, tidak tentu hala, tak ada panduan tetapi Umno akan terus memberi pengharapan kepada rakyat kerana kita telah membuktikan selama 60 tahun Umno memerintah, kitalah parti yang telah banyak berbudi dan berjasa dan bawa perubahan kepada Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Parit hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak merangkap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan anggota Parlimen Parit Datuk Mohd Zaim Abu Hasan.
Untuk itu, Najib berkata rakyat mempunyai pilihan sama ada mahu memilih pembangkang diterajui DAP atau terus bersama Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment