Write For Us

Umpama ular sawa masuk sarang ular lidi, kata Ku Li

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan lamaran terhadap wakil rakyat Umno untuk menyertai BERSATU umpama ular sawa dijemput masuk ke dalam sarang ular lidi.
“Ini cerita ular sawa dijemput masuk sarang ular lidi. Tak taulah saya,” katanya ketika diminta mengulas laporan berita yang mendakwa beberapa ahli parlimen Umno sedang membuat pertimbangan dengan teliti untuk menyertai BERSATU.
Tengku Razaleigh, yang juga adalah pengerusi Jemaah Penasihat Umno, berkata parti Melayu tertua itu tidak akan terkubur jika hanya terdapat beberapa ahli parlimen dan pemimpinnya melompat parti.
Beliau juga mengakui bahawa tidak ada pihak yang melamar mahupun mempelawanya menyertai parti serpihan Umno itu.
“Tak ada (pelawaan). Saya racun kuat. Tak berapa nak terima saya barangkali,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment