Write For Us

Undang-undang permit kempen rumah ke rumah sudah wujud sejak kemerdekaan lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Isu keperluan permit terhadap semua kempen dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai, termasuklah kempen dari rumah ke rumah telah dijelaskan oleh pihak polis sejak hari pertama selepas penamaan calon pada 2 November lagi.
Malah, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong, sebelum peringatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun pada 12 November, perkara itu sudah dijelaskan beberapa kali oleh polis kepada wakil pihak bertanding, khususnya mengenai kempen dari rumah ke rumah.
Jelas Liew juga undang - undang ini sudah wujud sejak kemerdekaan lagi.
"Kita telah ada undang-undang yang telah ditetapkan. Jadi undang-indang ini telahpun berjalan sejak merdeka," katanya dalam waktu pertanyaaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Liew berkata demikian sebagai menjawab soalan Azalina Othman Said (BN- Pengerang) yang meminta penjelasan kerajaan dalam menetapkan permit untuk kempen rumah ke rumah, sedangkan ia amalan biasa dalam pilihan-pilihan raya sebelum ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment