Write For Us

Urus stres dengan baik kunci hidup sihat - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Urus stres dengan baik dan kerap bersenam adalah antara tip diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kekal cergas dan sihat.
Bercakap pada sesi dialog bersempena dengan majlis pembukaan Persidangan dan Pemeran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) 2017, beliau berkata itulah yang membuatkan beliau sihat dan cergas selama ini walaupun rambutnya sudah beruban.
Menyatakan beliau mula berkecimpung dalam politik pada usia 22 tahun, menjadi timbalan menteri semasa 25 tahun sebelum memegang jawatan Menteri Besar pada usia 29 tahun, Najib yang kini berusia 64 tahun mengakui beliau terpaksa melepaskan banyak perkara dalam hidupnya kerana mengabdikan kebanyakan masanya dalam politik.
"Kini saya dapati diri saya sebagai pemimpin Malaysia, tahap stres dialami juga lebih tinggi. Tahap stres sebagai menteri adalah tinggi, timbalan perdana menteri lebih tinggi tetapi daripada timbalan perdana menteri kepada perdana menteri jauh lebih tinggi lagi dan saya jamin bahawa jika anda berpeluang jadi perdana menteri, anda akan rasainya.
"Tetapi anda perlu tahu cara menguruskan stres. Urus stres dengan baik adalah kunci bukan sahaja sebagai ahli politik tetapi juga untuk setiap orang, anda mungkin stres dengan jurubank anda, pelanggan anda, pasangan anda, tetapi anda perlu uruskannya secara asasnya dengan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan kehidupan keluarga, semua ini perlu dilakukan dengan cara yang memberikan keselesaan kepada anda," katanya,
Najib berkata demikian semasa menjawab soalan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim tentang bagaimana beliau kekal cergas dan sihat. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment