Write For Us

Usaha kesan penumpang Westerdam, selepas satu positif Covid-19 di Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Syarikat kapal pelayaran Holland America memberitahu akan bekerjasama dengan kerajaan dan pakar kesihatan yang berkaitan bagi mengesan para penumpang yang turun dari kapalnya Westerdam di Cambodia.
Ini berikutan seorang penumpang wanita warga Amerika disahkan positif Covid-19 di Malaysia
Bagaimanapun, tiada lagi di antara 1,454 penumpang dan 802 orang kru yang menunjukkan sebarang gejala.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu memberitahu penumpang yang telah pulang ke rumah akan dihubungi oleh jabatan kesihatan tempatan mereka bagi sebarang maklumat.
Para penumpang Westerdam telah selamat turun di Cambodia selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan Khamis lalu.
Kapal itu terdampar di tengah laut selama 2 minggu setelah tidak dibenarkan berlabuh oleh kerajaan Jepun, Taiwan, Guam, Filipina, Thailand dan juga Malaysia.
Namun Sabtu lalu, Malaysia melaporkan wanita warga Amerika yang tiba di Kuala Lumpur Jumaat lepas dalam satu penerbangan khas telah disahkan positif Covid-19.
Menurut pihak berkuasa Malaysia, seramai 137 orang daripada 145 penumpang penerbangan khas itu telah pun berlepas ke negara-negara lain, selepas tidak menunjukkan sebarang gejala.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment