Write For Us

Usia masuk 32 tahun... Ruhainies semakin matang, dekatkan diri kepada Allah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
17 Views
Published
PERCAYA ada hikmah di sebalik semua dugaan menimpa, pelakon Ruhainies juga memberitahu pengalaman berdepan kes mahkamah adalah satu pengalaman berharga untuk menjadikan dirinya lebih matang.

Kuat dan reda dengan segala ujian, Ruahinies atau Nurul Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, kini lebih mendekatkan diri dengan Allah agar dia terus diberi kekuatan.

Dalam masa sama pelakon ini juga lebih selesa mengambil pendekatan berdiam tatkala namanya menjadi bahan kecaman di media sosial.

Ruhainies kini berdepan dakwaan berkhalwat bersama pelakon Aliff Aziz yang dilakukan pada 9 Mac lalu.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah ketika sebutan kes berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
mstaronline, mstar, ruhainies
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment