Write For Us

Usul kecam mengenai kenyataan Shabudin sahaja, kata Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata hasrat pentadbirannya mahu mengemukakan usul mengecam Ahli Parimen BN-Tasek Gelugor di sidang DUN Pulau Pinang Mei ini adalah berhubung kenyataannya berkaitan mengenai isu perogol mengahwini mangsa bawah umur sahaja.
Kata Lim, kritikan itu tidak wajar digambarkan sebagai mengkritik undang-undang kekeluargaan Islam.
"Jika saya menentang Barisan Nasional, bukanlah bermakna saya menentang Malaysia.
"Kita tidak pernah cakap mengenai undang-undang kekeluargaan Islam. Biar saya baca dengan terperinci dahulu sebab kini beliau cuba bawa masuk agama," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pada sidang media di Komtar semalam.
Sambil menyifatkan kenyataan terbaru Shabudin itu sebagai tindakan terdesak, Guan Eng menasihatkan pemimpin Umno tersebut supaya tidak memanipulasi isu sensitif atas dasar agama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment