Write For Us

Utamakan kehadiran di Parlimen biar sesibuk manapun - Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kehadiran anggota parlimen terutamanya semasa sesi perbahasan perlu diberi keutamaan.
Beliau yang merupakan bekas timbalan perdana menteri turut memberitahu bahawa institusi parlimen perlu dihormati meskipun wakil rakyat dalam keadaan sibuk.
"Saya fikir biar pun kita di pihak kerajaan atau pembangkang, kehadiran di parlimen terutamanya di dalam sesi-sesi perbahasan harus diberikan keutamaan dan saya tidak memihak dalam hal ini.
"Sebab saya dan rakan-rakan pernah berada dalam kerajaan, institusi parlimen harus dihormati biar sesibuk mana pun untuk menghormati seorang ketua majlis iaitu perdana menteri yang mengambil peduli untuk menjawab soalan pertama.
"Ia bukan hanya harus diberikan sokongan moral tetapi ia melihatkan kesatupaduan bukan hanya dikalangan jemaah menteri tetapi oleh seluruh anggota pentadbiran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment