Write For Us

Van bawa RM 4 juta terbalik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang beranggarkan RM4 juta ringgit terbalik di Jalan Lapangan Terbang Subang, Petaling Jaya hari ini.
Ketua polis ibu pejabat daerah (IPD) Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kenderaan itu terbalik akibat kemalangan dengan sebuah kereta berjenama Nissan Livina.
Menurut Mohd Zani, berdasarkan laporan yang diterima van keselamtan itu memasuki di depan lalunya hingga menyebabkan pemandu kereta tidak dapat mengelak melanggar van berkenaan.
Van keselamatan itu terbabas hingga melanggar pembahagi di tengah jalan hingga terbalik di jalan raya.
Manakala wang di dalam van tersebut selamat dialihkan ke van lain.
Dua pegawai keselamatan dalam van itu cedera ringan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM).
Pemandu van berusia 35 tahun dan pemandu kereta berusia 44 tahun tidak cedera.
Menurut Mohd Zani, kes masih lagi dalam siasatan Polis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment