Write For Us

Vateran DAP: Perubahan saat akhir calon DAP Johor 'salah strategi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Membuat perubahan pada saat akhir calon DAP Johor boleh menjadi satu kesilapan besar, kata veteran DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.
Menggambarkan analogi pengalamannya dalam mengurus pasukan bola sepak, beliau berkata perubahan itu akan membuka peluang bagi lawan DAP untuk menyerang parti itu.
"Saya pernah menguruskan pasukan bola sepak walaupun saya bukan seorang pemain bola sepak, dan saya tahu dengan baik bahawa perubahan kedudukan pemain pada saat-saat akhir bermakna kemenangan tipis," kata penyandang DUN Skudai yang hadir pada sidang akhbar hari ini dimana video sidang media dikongsi di laman Facebooknya.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan anak didik Boo, Tan Hong Pin bertanding di kerusi Skudai yang disandangnya pada pilihan raya umum ke-14.
Tan diumumkan sebagai calon Skudai semalam ketika ceramah di Batu Pahat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment