Write For Us

"Very good," respon Johari isu sabitan bekas pegawai bank Jho Low

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menyambut baik sabitan mahkamah Singapura terhadap bekas pengawai Bank BSI Singapura, Yeo Jiawei, atas tuduhan mengganggu saksi siasatan jenayah penggubahan wang haram, didakwa ada kaitan dengan 1MDB.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-20 Prasarana Ampang di Stesen LRT Bukit Jalil hari ini.
Johari diminta mengulas mengenai keputusan yang disampaikan oleh hakim daerah Singapura Ng Peng Hong, semalam.
Laporan Bloomberg memetik Hakim Ng Peng Hong berkata Yeo adalah "saksi yang tidak boleh dipercayai dan tidak kredibel” sebelum menjatuhkan hukuman bersalah.
Yeo berdepan dengan hukuman penjara tujuh tahun maksimum.
Mahkamah Singapura juga akan membicarakan Yeo atas beberapa kesalahan lain tahun depan - semua berkaitan dengan siasatan 1MDB, termasuk penipuan, pengubahan wang haram dan pemalsuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment