Write For Us

Video Jamal ditangkap, digari Polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Sehari selepas mengancam untuk menyerang bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan tukul, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis.
Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia diberkas anggota Polis Diraja Malaysia sejurus selepas Perhimpunan Agung Umno ke-71 berakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC).
Menurut Sinar Harian Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Jamal yang selalu muncul dengan pelbagai gimik kembali menjadi perhatian semalam apabila mengancam untuk "memburu" Zaid ekoran kenyataan dibuatnya terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hadir bersama tukul seberat 5kg Jamal yang berbaju Melayu hijau dan bersamping songket hadir di pekarangan PWTC bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kata-kata Zaid.
Malah, Jamal yang berwajah bengis memberi amaran untuk memburu Zaid sekiranya tidak ada sebarang tindakan oleh pihak berkuasa kepada bekas menteri yang kini menganggotai DAP itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment