KiniTV akan didakwa di mahkamah esok susulan penyiaran sebuah video yang memaparkan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengkritik Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.
Selepas menyerbu dan merampas komputer Malaysiakini awal bulan ini, pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) petang ini menghantar notis hadir ke Mahkamah Khas Siber di Kuala Lumpur awal pagi esok.
KiniTV, saluran video atas talian Malaysiakini, akan dituduh membuat dan menghantar komunikasi “jelik” dengan niat “menyakitkan hati orang lain” melalui video bertajuk “Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan”.
KiniTV akan dituduh bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
Jika sabit kesalahan seseorang itu boleh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment