Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes letupan mercun yang mengakibatkan 26 cedera ketika perarakan Thaipusam berdekatan Kuil Dewa Subramaniya Swami dekat Sungai Petani malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Saifi Abdul Hamid berkata lelaki berumur 25 hingga 34 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah malam tadi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Merbahaya 1958.
Saifi berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 8.30 malam dan menegaskan kejadian itu hanya membabitkan letupan mercun dan bukannya bunga api seperti dilapor media sebelum ini.
"Ia berpunca apabila das terakhir daripada empat das letupan tersasar daripada yang sepatutnya sehingga menyebabkan ia tidak naik ke udara sebaliknya meletup di tanah sekali gus menyebabkan serpihan mercun itu terkena pengunjung yang berada di kawasan itu.
“Ketika kejadian, perarakan berhala sedang keluar dari kuil berkenaan, iaitu lebih kurang 50 meter dari kuil itu, sementara jarak antara chariot (pedati yang membawa perarakan berhala) dengan tempat kejadian (letupan mercun) pula lebih kurang 100 meter," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment