Write For Us

[Video penuh] Amanah umum calon PRN di enam negeri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Amanah mengumumkan seramai 31 calon bagi DUN yang akan bertanding di enam negeri dalam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Presiden Amanah Mohammad Sabu berkata pihaknya secara keseluruhan kali ini mengekalkan sembilan penyandang, 15 muka baru dan masing-masing tujuh calon muda dan wanita.

Naib Pengerusi Amanah Mahfuz Omar turut diumumkan sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Alor Mengkudu, Kedah.

"Saya nampak rakyat Kelantan nak buat perubahan, termasuk golongan muda. Insya-Allah, kita ada harapan yang baik di Kelantan.

"Bagi kerusi yang belum selesai, ia perkara biasa sebab masing-masing (parti) ada permintaan untuk bertanding," kata Mohamad dalam sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Sumber video: https://fb.watch/lYAJHWvnXL/

https://www.malaysiakini.com/news/672899
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment