Write For Us

[Video penuh] Menteri Wilayah jawab isu kolam takungan banjir Kg Bohol

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
18 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata perancangan pembangunan projek Kolam Takungan Banjir (TKB) juga membabitkan peluang golongan B40 dan M40 memiliki kediaman sendiri menerusi tiga daripada enam plot kediaman mengikut harga ditetapkan Kerajaan Madani.

Katanya, kerja-kerja pembinaan KTB yang dijangka siap Disember tahun ini adalah bagi memastikan jaminan kesejahteraan semua pihak khususnya penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

Projek KTB Kg Bohol sebelum ini mendapat bantahan penduduk disebabkan adanya perancangan pembangunan kediaman dan kawasan komersial.

Namun, Zaliha memaklumkan sebilangan mereka tidak memahami perancangan sebenar projek ini selain ditambah dengan penerangan maklumat yang tidak tepat.

Justeru itu dia akan mengadakan sesi soal jawab bersama penduduk dalam masa terdekat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment