Write For Us

Video: Rumah 'istimewa' Sultan Johor, ribuan rakyat penuhi Plaza Kotaraya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Majlis Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim yang bakal disempurnakan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Galleria di Plaza Kotaraya, Johor Bahru sekitar jam 5.00 petang nanti.
Melalui perkongsian di media sosial jelas kelihatan ribuan rakyat Johor memenuhi segenap ruang Plaza Kotaraya untuk pelancaran tersebut yang merupakan pra pelancaran fasa satu yang membabitkan 600 unit rumah.
Sebelum ini Sultan Johor telah bertitah akan memberi 'hadiah istimewa' sempena Hari Keputeraan baginda kepada rakyat Johor.
Baginda bertitah, "bayangkan memiliki sebuah bungalow tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit. Ia dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak"
Rumah impian tersebut akan ditawarkan kepada rakyat Johor pada harga di bawah RM100,000 oleh Sultan Ibrahim dimana baginda menyatakan sanggup untuk menanggung sebarang kerugian yang bakal dialaminya.
Untuk mereka yang tidak berkesempatan datang ke sini, boleh membuat permohonan secara atas talian di www.yayasansultanibrahim.org.my bermula jam 5 petang ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment