Write For Us

Video 'skandal rasuah' - Albert Tei cabar PM lapor ke polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
2 Views
Published
Ahli perniagaan Albert Tei mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, supaya membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan dalam sebuah video yang mengaitkannya dengan skandal perlombongan Sabah.

Tei berkata Anwar setakat ini belum memberi sebarang respons terhadap dakwaan dalam video yang tular pada November lalu, yang turut menyaksikan setiausaha politik Anwar ketika itu, Shamsul Iskandar Akin, didakwa di mahkamah.

Menurut Tei, Perdana Menteri sepatutnya mencontohi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dengan membuat laporan polis sekiranya dakwaan tersebut tidak benar.

Pada 27 November lalu, seorang pegawai SPRM membuat laporan polis berhubung klip video di media sosial yang memaparkan Tei dan Sofia Rini Buyong, yang mengandungi dakwaan terhadap Azam.

Menurut laporan, pegawai itu mendakwa kandungan video berkenaan bersifat berniat jahat dan bertujuan mencemarkan reputasi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Sementara itu, Sofia sebelum ini menafikan bertindak sebagai proksi kepada Shamsul. Walaupun mengakui pernah bertemu Tei pada 5 November tahun lalu, Sofia mendakwa Tei menyebarkan pembohongan tentang dirinya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment