Polis menafikan berlaku pergaduhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang seperti yang tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya tidak menerima laporan kejadian sedemikian berlaku di kawasan berkenaan.
“Tidak benar dan tiada kejadian berlaku di kawasan Selayang manakala kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia,” katanya ringkas kepada Bernama.
Semalam, tular di media sosial, sebuah rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan sekumpulan individu dipercayai cuba untuk membelasah sekumpulan pihak berkuasa yang dikatakan anggota MPS.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment