Write For Us

Visual: 300 nelayan terima 25 liter Ron 95 percuma

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Stesen minyak di Gelang Patah dikerumuni lebih 300 orang nelayan pesisir pantai yang beratur panjang dengan masing-masing membawa tong minyak kosong untuk mendapatkan minyak percuma yang diagihkan oleh Islamic Aid Malaysia dan Etiqa Takaful Berhad.
Setiap nelayan hadir dengan membawa tong minyak enjin bot yang boleh memuatkan sebanyak 25 liter minyak petrol Ron 95 untuk dibawa pulang bagi tujuan menangkap ikan di laut.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk meringankan beban nelayan di awal tahun 2017 di mana rata-rata mereka mempunyai tanggungan anak yang ramai dan telah terkesan dengan perbelanjaan awal persekolahan selain kos sara yang hidup tinggi ketika ini.
Rata-rata nelayan yang ditemui melahirkan rasa kesyukuran kerana terpilih dalam menjayakan program yang pertama kali nya diadakan di kawasan tersebut.
Sumber: FB Islamic Aid Malaysia (IAM)
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment