Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Dewan Serbaguna Kota kecil, sebentar tadi.
Baginda diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah tiba pukul 11 pagi dan meluangkan masa sekitar 30 minit dengan bersalaman dan beramah mesra dengan mangsa banjir di pusat berkenaan.
Baginda bertitah "Saya dan anak-anak berpecah, hari ini Tunku Temenggong pergi ke Segamat, saya di sini, Raja Zarith akan pergi tempat lain dan pagi esok anak saya ke tempat-tempat lain,"
Sebelum berangkat pulang, Sultan Johor turut bertitah mengingatkan mangsa banjir supaya menjaga keselamatan terutamanya kanak-kanak.
Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 964 mangsa daripada 194 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Serbaguna Kota Kecil di sini.
Di Kota Tinggi, empat lagi pusat pemindahan yang dibuka adalah di Surau Kampung Baru, Sungai Mas menempatkan 24 mangsa daripada empat keluarga juga di Balairaya Kampung Tersusun Delima yang menempatkan 24 mangsa daripada empat keluarga.
Dua lagi di Balairaya FELDA Pasak menempatkan tiga keluarga dengan 11 mangsa dan Sekolah Kebangsaan Mawai seramai 59 mangsa daripada 16 keluarga.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment