Write For Us

Volvo V90 Wagon Eropah Sejati

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Selepas memandu uji V90 T6 R-Design ini penulis berpendapat model wagon sesuai buat mereka yang mahukan kenderaan yang menawarkan ruang dan kepuasan pemanduan dengan limpahan ciri keselamatan terbaik.

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantu Parkir Hadapan dan Bantu Parkir Pilot, IntelliSafe, Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Bantu Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Menurui Bukit (HDC), Bantu Brek Hidraulik (HBA), Beg Udara Dua Peringkat , Sistem Perlindungan Impak Sisi (SIPS) dan banyak lagi.

Juga sebagai opsyen kepada kenderaan selain kenderaan utiliti sukan (SUV) atau kenderaan pelbagai guna (MPV) wagon dilihat lebih sesuai kerana faktor ruang dan keselesaan.

Varian R-Design pula menampilkan elemen prestasi adalah gabungan terbaik dengan ciri keselesaan serta rekaan lebih ranggi selain ‘rare’ dan tersendiri buat pemiliknya.

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga bermula daripada RM458,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan empat pilihan warna iaitu signatur Biru Bursting Blue, Hitam Onyx, Putih Ais, Kelabu Osmium dan Perak Bright termasuk lima tahun waranti atau 120,000 km yang mana lebih dahulu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment