Write For Us

Wajib guna CRS berlabel E

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedia maklum mengenai lambakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dijual di pasaran termasuk melalui dalam talian selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya 1 Januari lalu.

Sehubungan itu, JPJ bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) untuk memastikan CRS dijual di negara ini mematuhi standard ditetapkan.

Mengulas lanjut, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, bagi spesifikasi CRS pihak JPJ menggunapakai standard antarabangsa dengan mewartakan di bawah kaedah Pensijilan Peraturan United Nation Regulation (UN R44 dan UN R129).
****SOT*****
“Kerusi CRS jika dalam konteks penguatkuasaan adalah yang sudah disahkan dalam konteks kualiti dan juga jenis pembuatan oleh kualiti khas di bawah UN R44 dan R129. Apabila memperkatakan mengenai peraturan ini, sebenarnya negara ini sudah menandatangani UN R itu. Dalam setiap kerusi itu ada label E iaitu penanda aras kualiti yang kita terima. Dalam konteks Malaysia, perlu ada label E 52 di bahagian belakang kerusi. JPJ bersama KPDNHEP dan Kastam untuk pastikan label ini akan ada. Pada masa sekarang, ada CRS yang lain-lain di pasaran tetapi kepada yang menggunapakai kerusi kanak-kanak bermula dari Januari kita wajibkan yang berlabel E. Itu standardnya.”
SUPER: Datuk Seri Shaharuddin Khalid / Ketua Pengarah JPJ
Beliau berkata demikian dalam temubual ekslusif bersama Harian Metro, baru-baru ini.
Shaharuddin berkata, kerusi CRS yang mempunyai label dan penanda E itu itu adalah kompeten untuk digunakan di Malaysia.

Beliau turut menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung pelaksanaan CRS antaranya disyaratkan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, ketinggian 135 sentimeter ke bawah serta berat 36 kilogram ke bawah

-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment