Write For Us

Wak Doyok didakwa guna lambang Kemahkotaan Sultan Johor tanpa kebenaran

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
96 Views
Published
Personaliti fesyen terkenal Wak Doyok hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menggunakan tanpa kebenaran bertulis lambang Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi tujuan persendirian.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Wak Doyok didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Ia membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment