Write For Us

Wakil Umno bantah persempadanan semula SPR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Proses bantahan kes siasatan awam di Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersambung semula hari ini menyaksikan, beberapa kumpulan pengundi yang diterajui oleh Umno adalah antara mereka yang membuat aduan kepada suruhanjaya itu.
Satu kumpulan yang diketuai oleh ADUN Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan, berkata beliau tampil untuk membantah cadangan SPR untuk memindahkan pengundi di kem tentera Sungai Besi dari kawasannya ke kerusi Paya Jaras, yang kedua-duanya terletak di bawah kawasan Parlimen Subang.
Beliau berkata langkah itu menjejaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat BN, tetapi ini juga menunjukkan bahawa SPR adalah bebas, tidak seperti apa yang dituduh oleh pengkritiknya.
Sementara itu, Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata beliau menentang cadangan SPR untuk memindahkan kawasan pengundian Enggang Utara dan Enggang Selatan dari Bukit Antarabangsa, Ampang, ke Hulu Kelang, Gombak.
Beliau juga membantah cadangan untuk memindahkan Kuala Ampang dari Hulu Kelang, Gombak, ke Bukit Antarabangsa, Ampang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment