Write For Us

Walau ayah sakit Parkinson tetap nak datang, kata anak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Walaupun mengidap pelbagai penyakit antaranya parkinson, namun ia tidak mematahkan semangat Yusuf Ali, 80, untuk hadir Himpunan Akta 355 di Padang Merbok.
Dengan berkerusi roda dan ditemani anaknya, Yusuf dari Sungai Besar, Selangor berkata beliau hadir untuk memberi sokongan terhadap himpunan itu dan juga PAS.
Dengan nada sebak, Yusuf memberitahu bahawa beliau menjadi antara individu terawal yang membuka cawangan PAS di Sungai Besar.
"Saya datang sebab parti. Saya masih ingat lagi saya seorang sahaja yang sambut Hadi masa dia datang ke tempat saya," katanya sambil mengesat air matanya.
Menurut anak lelaki Yusuf, Azharuddin, bapanya itu bersungguh-sungguh untuk datang ke himpunan berkenaan walaupun telah dinasihatkan bahawa tempat himpunan itu mungkin tidak sesuai dengan keadaan bapanya.
"Bapa saya yang nak datang. Mak saya pun ada tapi dia dah tak larat. Mereka yang nak sangat datang walaupun kita dah beritahu suasana sini mungkin tak sesuai," katanya.
Yusuf berkata beliau akan berada di himpunan tersebut sehingga malam jika kesihatan mengizinkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment