Write For Us

Walau PH kekal di KKB, PN pilihan pengundi muda - Badan pemikir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
15 Views
Published
Institut Darul Ehsan (IDE) merumuskan bahawa kejayaan PH mempertahankan kerusi Kuala Kubu Bharu pada PRK Sabtu lalu adalah disebabkan sokongan pengundi berumur 41 tahun ke atas.

Namun kata Pengurus Kanan Penyelidikan IDE, Khairul Ariffin Mohd Munir, PN masih menjadi pilihan pengundi muda yang berumur kategori 40 tahun ke bawah.

Jelasnya PN memperolehi 63 peratus daripada undi mereka berusia antara 18 hingga 24 tahun walaupun  peratusan keluar mengundi kelompok itu terendah iaitu sekitar 53 peratus.

Khairul Ariffin juga menyatakan bahawa faktor penurunan peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi muda adalah ketidakhadiran mereka di Kuala Kubu Bharu sendiri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment