Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa sedih apabila dimaklumkan sebanyak 4 soalan telah ditolak pada sesi sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.
Wan Azizah berkata ini mengulangi tindakan yang sama pada sesi sidang yang lalu di mana hampir 30 soalan ahli Parlimen yang berkaitan dengan skandal 1MDB ditolak dengan memberikan alasan yang tidak munasabah.
"Berikutan itu, kami telah mengemukakan suatu usul di bawah Peraturan 99 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi menyemak dan menentang keputusan Yang di-Pertua.
"Menurut Peraturan 99 itu, ia memadai dengan usul bersendiri seorang ahli namun kami telah mengemukakan usul bersendiri itu dengan ditandatangani oleh lebih daripada 60 ahli parlimen pembangkang yang merangkumi dari Parti KEADILAN, DAP, Parti AMANAH, PPBM, WARISAN serta PAS.
"Namun bagaimanapun, usul itu ditolak tanpa alasan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment