Write For Us

Wanndy terbunuh?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Polis Malaysia dilaporkan telah mengesahkan khabar angin serangan terhadap rakyat Malaysia yang menjadi ketua kumpulan militan IS di Syria, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.
Akhbar harian The Malay Mail, memetik Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai berkata polis Malaysia bekerjasama dengan pasukan antarabangsa untuk memburu lelaki berkenaan.
Jelas Mohamad Fuzi, terdapat serangan ke atas Wanndy menggunakan pesawat di Syria namun mereka cuba untuk mengesahkan keadaannya.
Beliau berkata, polis juga sedang mengesahkan ketulenan posting Facebook oleh isteri Muhammad Wandy, Nor Mahmudah Ahmad, 28 tahun, yang menyebarkan berita tentang kematian suaminya.
Menurut The Malay Mail, Wanndy, yang juga memakai nama Abu Hamzah Al-Fateh merupakan antara militan IS yang terbunuh dalam serangan di Ma'dan.
Wanndy berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan Nor Mahmudah dari Prai, Pulau Pinang mempunyai dua orang anak perempuan yang dilahirkan di Syria.
Beliau juga dikenal pasti sebagai perekrut IS dan baru-baru ini dikaitkan dengan Siti Noor Aishah Atam yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.
Dilaporkan Siti Noor Aishah didakwa berikrar taat setia kepada pemimpin IS, Abu Bakr Al-Baghdadi melalui aplikasi mesej Telegram, dengan Wanndy bertindak sebagai saksinya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment