Write For Us

Warga emas nyaris maut kereta terbakar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
149 Views
Published
Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila kereta Perodua Rusa dinaiki terbakar ketika dalam perjalanan dari Bemban, di sini, ke Ayer Molek, Melaka, kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil Penolong Kanan Penguasa Bomba Alias Ahmad berkata, mangsa duduk di tempat duduk pejumpang di belakang.

"Mangsa berusia 70 tahun dikejarkan ke Hospital Melaka dan saya difahamkan pihak hospital, dia mengalami lecuran 10 hingga 20 peratus pada bahagian belakang badan.

"Manakala pemandu berusia 26 dan kelindan berusia 19 tahun, tidak mengalami kecederaan," kata Alias ketika ditemui.

Menurut Alias, difahamkan mangsa tinggal di sebuah rumah jagaan orang tua di Bemban, di sini, menaiki kenderaan terbabit untuk menjalani pemeriksaan kesihayan rutin di sebuah pusat kesihatan di Ayer Molek.

"Menurut pemandu, sebaik sampai di Batu 12 Jalan Bemban, kereta dipandunya terbakar dari bahagian belakang, lalu dia segera memberhentikan kereta di bahu jalan berhampiran sebuah warung.

"Pemandu dan kelindan segrra keluar namun mangsa seorang warga emas lambat keluar kerana cemas. Bagaimanapun bernasib baik kerana kemalangan tidak membabitkan kemalangan jiwa," katanya sambil memgesahkan punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment