Write For Us

Warga Indonesia didakwa bunuh rakan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Seorang warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya dalam satu kejadian di Paka pada Khamis lalu.
Tertuduh, Junianto, 29, yang bekerja sebagai buruh ladang sawit, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dikemukakan terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) di hadapan Majistret Hazwanie Husain Bustari.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, di sebuah rumah kongsi kawasan ladang sawit Kampung Beril, Paka, jam 2.45 pagi pada 12 Februari lalu, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum majistret menetapkan 19 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment