Warga Qatar bimbang negara itu kehabisan bekalan makanan di pasar raya ekoran keputusan negara Arab memutuskan hubungan diplomatik pada Isnin lalu.
Qatar kini banyak bergantung kepada barangan makanan import.
Di sebuah pasar raya di Doha, banyak bekalan makanan seperti daging kehabisan stok, manakala banyak rak dikosongkan.
Dalam krisis diplomatik terbesar, negara-negara Arab termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar kerana menuduh negara itu menyokong kumpulan militan Islam yang menggugat kestabilan rantau mereka.
Semua akses pengangkutan dari darat, udara dan laut dari Qatar, digantung.
Pada Isnin, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, ibu negara Qatar, kelihatan kosong.
Qatar, pada masa yang sama, berhenti menerima mata wang asing termasuk dirham UAE dan riyal Saudi, kecuali atas pertukaran mata wang di lapangan terbang Qatar.
Qatar dituduh membiayai kumpulan pelampau walaupun telah dinafikan sekeras-kerasnya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment