Write For Us

Waris mangsa MH370: Terima kasih kerajaan Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Beberapa waris mangsa penerbangan MH370 yang ditemui pada hari ini berasa gembira dengan pengumuman Menteri Pengangkutan , Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk meneruskan pencarian MH370.
Operasi mencari MH370 akan diteruskan selepas kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat peneroka dasar laut yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Ocean Infinity Limited sudah mulakan misi untuk meneroka kawasan seluas 25,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan terakhir pesawat itu dikesan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia pada April tahun lepas.
Perjanjian Malaysia bersama syarikat itu berlandaskan prinsip “no cure-no fee” yang bermakna syarikat itu hanya dibayar sekiranya mereka menemui lokasi serpihan pesawat atau perakam suara kokpit pesawat dalam tempoh 90 hari.
Perjanjian itu ditandatangi oleh Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity Limited, Oliver Plunkett.
Waris mangsa hadir untuk menyaksikan perjanjian pencarian di Putrajaya hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment