Write For Us

Warisan bagi duit ambil, tak bagi kita minta - Bung

Loading...
Google Rank
39 Views
Published
BN menyeru pengundi Kimanis supaya bukan sahaja mengambil wang sekiranya diberikan oleh pemimpin parti Warisan, malah memintanya daripada mereka.
Bagaimanapun Pengerusi Umno Sabah Bung Mokhtar Radin, mengingatkan pengundi pada pilihan raya kecil itu supaya jangan sesekali mengundi calon Warisan, Karim Bujang.
"Saya dengar dia (Warisan) mahu bagi duit, ambil. Dia mahu bagi apa ambil, kalau dia tak bagi, minta. Ambil saja, mereka pemerintah.
"Inilah masanya, ini saatnya, ini kalilah kita ubah balik. Ini waktu kita singkir kerajaan yang zalim, kalau mahu ajar Warisan kita mula di Kimanis," katanya ketika ceramah di Kimanis, malam tadi.
Bung berkata kuasa wang yang dimiliki parti Warisan tidak mampu menghalang kemaraan rakyat di Kimanis.
"Dia jangan lupa kalau rakyat mahu menolak Warisan, kuasa wang ringgit Warisan tak mampu menghalang kemaraan rakyat di sini.
"Saya sakit hati sebab mereka sebelum ini dari BN, dapat jawatan dari BN, selepas itu (keluar BN) kata tak ada pembangunan.
"Sabah for Sabahan tak apa, ini orang rumah orang Malaya juga, lepas pilihan raya umum dia (Warisan) bergabung dengan DAP dan PKR," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment