Write For Us

[Wawancara] Video rasuah Adun: Kita nak fikir buat teruk pasal apa? - Peja

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Naib presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menasihatkan orang ramai agar tidak terbeban dengan isu dakwaan perbincangan terkait rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negara ini.

Sebaliknya, bekas menteri besar Perak itu berkata adalah lebih baik untuk semua pihak memberi keutamaan terhadap isu yang lebih penting iaitu kelangsungan hidup.

Dalam temubual dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur pada Selasa, Faizal berkata adalah lebih baik untuk pihak berkuasa terlibat menangani isu dakwaan tersebut.

Sabtu lalu, Malaysiakini mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun yang didakwa membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit yang sebagai balasan untuk mendapatkan projek.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment