Write For Us

Xavier Justo jumpa PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Warganegara Switzerland, Xavier Justo yang pernah membuat pendedahan apabila membocorkan e-mel PetroSaudi tidak berapa lama dahulu, bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Justo berkongsi gambarnya dengan Mahathir di laman sosial itu.
Menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), 'fasa PetroSaudi' adalah fasa pertama dari empat fasa di mana dana 1MDB dipercayai dialihkan.
Pada fasa ini, sekurang-kurangnya AS$ 1.03 bilion bagi usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi dialihkan kepada Good Star Limited milik ahli perniagaan Low Taek Jho antara tahun 2009 hingga 2011.
Sarawak Report adalah pihak pertama mendedahkan urus niaga ini berdasarkan maklumat yang dibocorkan dari Justo, yang pada masa itu dipenuhi dengan keraguan.
Xavier dicari oleh pegawai PetroSaudi di Thailand dan kemudian ditahan dan dipenjarakan selama tiga tahun pada tahun 2015 kerana memeras ugut bekas majikannya.
Bagaimanapun, Justo dibebaskan pada 2016 setelah mendapat pengampunan diraja.
Skandal 1MDB kini berdepan siasatan antarabangsa.
Pertemuan Justo kebetulan dengan kehadiran editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown ke Malaysia pada Jumaat lalu.
DOJ mendakwa berbilion ringgit daripada dana 1MDB dimasukkan dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Najib mendakwa wang itu adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi dan menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang awam untuk keuntungan peribadi.
Siasatan berhubung perkara itu di negara ini telah dihentikan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berikrar menyelongkar semula kes berkenaan selepas BN di bawah pimpinan Najib tewas dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu, selepas 61 tahun berkuasa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment