Presiden PKR Anwar Ibrahim kelihatan kiurang senang apabila wartawan mengajukan soalan berhubung kemelut PKR Sarawak.
Bakal pengganti perdana menteri itu kelihatan marah dan nadanya bertukar sedikit tinggi apabila memberitahu wartawan supaya tidak menyibuk mengenai isu perebutan jawatan pengerusi parti di negeri itu.
“Kamu sibuk apasal (kenapa)? Apa masalah?
“Kenapa tak tanya (hal) Pengerusi Selangor? Kenapa tak (Pengerusi) Pulau Pinang? Perlis,” katanya kepada pemberita selepas memberi Syarahan Za’ba 2018 bertajuk Melayu dan Islam Dalam Era Malaysia Baharu di Dewan Semarak Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, hari ini.
Beliau mengulas laporan media yang mendakwa PKR Sarawak kini berhadapan kemelut baru bagi menentukan siapa pengerusinya yang baru sama ada Anggota Parlimen Selangau, Baru Bian (foto) atau pun Anggota Parlimen Julau, Larry Sng.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment