Rakyat Malaysia boleh optimis dan yakin bahawa masa depan mereka dan negara ini berada dalam tangan sebuah kerajaan yang mampu membawa ke tahap yang lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, janji untuk masa depan yang lebih baik itu bukan 'omong kosong' atau angan-angan Mat Jenin, tetapi berpijak di bumi nyata kerana ia telah dibuktikan dengan pelbagai kemudahan dan projek infra rakyat yang telah disediakan kerajaan.
"Your future is in good hand. Tidak perlu pandang kiri, tidak perlu pandang kanan, tidak perlu termakan janji apatah lagi hasutan kebencian yang ditabur pihak lain.
"Berpeganglah, berpautlah kepada kerajaan sedia ada hari ini, kita akan membawa negara ini ke arah masa depan yang lebih baik, kita akan terus harumkan nama Malaysia di persada antarabangsa," katanya semasa merasmikan Expo Negaraku 2017 malam tadi.
Katanya Malaysia sebenarnya sudah mendapat penghormatan di peringkat antarabangsa dan dihormati pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump.
Perdana Menteri berkata penghormatan oleh pemimpin dunia itu membuktikan Malaysia bukanlah sebuah negara yang boleh diperlekehkan dan berada di landasan tepat untuk menuju ke masa depan yang membawa seribu rahmat untuk seluruh rakyat.
"Pemimpin dunia hormati kita, Presiden China, Presiden US hormati kita, pemimpin negara lain juga hormati kita," katanya sambil menambah kata bahawa hanya segelintir pemimpin di negara ini sahaja memperlekehkannya. - Bernama

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment