Write For Us

Yemen terus bermandi darah, 91 orang dibunuh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
172 Views
Published
Sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam pertempuran antara kumpulan pemberontak Houthi dan kumpulan yang menyokong Presiden Yemen, Abdrabbuh Mansour Hadi di Aden.
Di bandar Daleh, kira-kira 120 kilometer di utara Aden, sekurang-kurangnya 19 orang anggota kumpulan Houthi dan 15 orang penyokong presiden dilaporkan terbunuh dalam pertempuran semalaman.
Dalam kejadian berasingan, tujuh terkorban di wilayah Abyan, selatan Yemen apabila kumpulan pro-Abdrabbuh menawan sebuah pangkalan tentera yang setia kepada bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh, yang didakwa menyokong pemberontak Houthi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment