Write For Us

Yusuf PPIM, Abg Ali serah diri di IPD Kajang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi dan Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini bagi membantu siasatan berhubung kes tuduhan menceroboh premis kedai pajak kereta Julai lalu.
Mereka dilihat memasuki perkarangan IPD itu pada 8 pagi tadi.
Difahamkan, mereka hadir di IPD itu bagi menyerah diri sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kajang di sini.
Seramai kira-kira 10 anggota polis trafik mengawal lalu lintas berikutan pintu masuk IPD itu dipenuhi kira-kira 50 penyokong PPIM.
Pada 10 Julai lepas, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM didakwa memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.
Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit turut membuat laporan polis pada hari sama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment