Write For Us

Zahid: 'Bahasa badan' Anwar terima kami dengan baik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin pembangkang yangs edang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin berjiwa besar dan keluarganya menerima dengan baik lawatan beliau dan Najib.
“Beliau (Anwar) berjiwa besar menerima kunjungan PM dan Datin Seri Rosmah dan hari ini saya dan isteri saya diterima kunjungan dengan hati yang besar. Saya tahu dari bahasa badannya menerima kami dengan baik,” kata beliau.
Foto lawatan Zahid bersama isteri di sisi Anwar yang berbaring di katil hospital dimuat naik akaun Twitter Zahid sekitar jam 4.30 petang tadi.
Turut kelihatan dalam foto ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha dan Nurul Ilham.
Dsisamping itu Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berunding dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Penjara untuk memberi rawatan selepas pembedahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sembuh.
Beliau turut berkata pihaknya telah membenarkan Anwar memilih doktor pilihannya bagi memberi rawatan sepanjang pembedahan dan rawatan selepas itu.
“Datuk Seri Anwar sakit bahu kanan sejak sekian lama dan apabila berlaku kemalangan kenderaan bawa beliau, maka kesakitan memuncak, maka jabatan penjara minta Datuk Seri Anwar terima rawatan segera.
“Kerajaan (juga) setuju untuk Datuk Seri Anwar pilih doktor terbaik dan peralatan digunakan dan rawatan selepas operasi itu merupakan sesuatu diminta oleh keluarga (Anwar).
“Saya akan berunding dengan KKM dan Jabatan Penjara untuk beri rawatan pasca operasi sehingga sembuh sepenuhnya,” Zahid berkata demikian ketika ditemui di IM4U Sentral di Puchong hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment