Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya hari ini mengesahkan bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi akan berdepan dengan 33 lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.
Zahid yang juga adalah bekas timbalan perdana menteri, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan tujuh pertuduhan menerima rasuah lebih $SGD4.2 juta bagi melanjutkan kontrak Syarikat Ultra Kirana sebagai pengendali One Stop Center (OSC) di negara China.
"Ini merupakan siri pertama dalam pertuduhan hari yang mana jumlah jumlahnya yang melibatkan SGD300,000 hingga ke SGD1 juta.
Iklan
"Manakala esok pula ada 33 lagi pertuduhan yang dikemukakan di Mahkamah Shah Alam esok dan kita serahkan kepada pihak mahkamah untuk proses selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
Ini akan menjadikan jumlah pertuduhan baru ke atas Zahid menjadi sebanyak 41 pertuduhan berjumlah lebih RM47 juta.
Zahid bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas 7 pertuduhan yang dibaca terhadapnya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment